Tuesday, 23 July 2013

lelaki itu

assalammualaikum...
sekadar luahan tangan yang tidak memiliki degree dalam penulisan. :D
lelaki itu... dia suka tidur dalam kelas. nak-nak bulan puasa macam ni. beramal di malam hari. beruntung bakal isteri dia nanti kalau dapat suami macam dia. aku puji ni!
lelaki itu... dia ada beberapa persamaan dengan kawan aku. tak banyak sikit tetap ada. aku hanya mampu katakan. ungtunglahh... member aku pulak akan kata. persamaan tu. persamaan. okay.
lelaki itu... dia handsome lah jugak. manis dan ada daya tarikan yang tersendiri. wajah yang penuh dengan keimanan.
lelaki itu... kadang kadang aku suka. kadang-kadang aku hanya mampu back up dia.
lelaki itu... aku akan sentiasa support ko dari belakang walaupun ramai orang selalu bang kau. berusaha!
pesanan akhir. wahai lelaki... jangan makan mee segera banyak-banyak tau.
ikhlas,
KB

kita sebagai pembaca...

assalammualaikum...
aku bukak penulisan2u tadi. baca komen dkt novel bersiri aku. ada satu komen. kecewa aku bila aku baca komen dia tu. tipu lah kalau aku kata komen tu boleh membina aku. bulan ramadhan yang mulia ni. bagilah komen best sikit. ni kata tak best. kaw-kaw punya aku kena bang. kalau tak suka pun kita kenalah pura-pura suka. aku kalau aku rasa tak best aku akan tipu jugak. kata bolehlah tahan pun dah menyedapkan hati penulis. hati orang masing-masing. kita tak tahu perasaan dia. lagi2 bila ada orang komen kan?
adik yang tengah baca ni/ adik yang suka baca novel bersiri dekat penulisan2u atau mana-mana pun.
kita ni sebagai pembaca kadang-kadang tak faham kenapa satu novel 2 bergerak lambat. kadang2 sampai bab10 tak bestnya. lama kita menunggu part best tu. kita nak hasilkan satu novel bukan 10-20 muka surat. tengok sinopsis macam best. adik... kita nak 400-500 muka surat. semua penerbit nak macam tu. tu memang syarat2nya. tu pasallah akak terpaksa dan perlu merapu-merapan dekat bab 1 tu. ye adik ye. kalau adik tak caya test buat novel sendiri. akak pasti. adik akan merapu-meraban punya bab depan2 tu. okay?

Sunday, 21 July 2013

novel: siapa kata aku tak suka? 1

assalammualaikum... ni novel bersiri yang saya tulis sendiri. rajin-rajinkan untuk komen. tak susah. cuma tekan aje. komen yang membangun amatlah saya harga. dah mintak tolong sangat-sangat. hormatilah karya saya. terima kasih.


MUHAMMAD ABDU Rafi Bin Imran. Aku tak faham kenapa dia perlu bersikap annoying dengan aku. Nak kata aku yang timbulkan perselisihan dulu macam tak aje. Aku dah berusaha sedaya upaya jadi isteri yang baik untuk dia tapi dia buat tak heran aje. Dia ingat aku suka sangatlah dekat dia?
"Lepas ni terus balik. Jangan nak merayau pulak." Dia pesan waktu aku lalu depan dia. Waktu tu dia tengah duduk atas motor tak jauh dari tempat aku letak motor. Sibuk aje.
"Nak isi minyak motor dulu." Aku balas balik lepas tu terus pergi dekat motor aku. Tak pandang pun dia. Aku letak beg aku yang aku pegang dalam raga.
"Balik mana?" Dia tanya.
"Rumah nenek." Lepas aku jawab tu dia toleh pandang aku.
"Ah tak ada. Rumah umi." Dia bagi arahan. Aku pandang dia.
"Tak ada bajulah."
"Pakai ajelah baju aku apa susah. Kain batik umi ada." Dia balas. Senangnya dia cakap. Memanglah ada. Tapi pakaian dalam semua tu? Nak pinjam umi punya jugak? Ke kau pun ada? Nak aje aku balas tapi bila fikirkan dekat tempat parking motor tu bukan aku berdua dengan dia aje aku batalkan niat aku tu.

^^^^

AKU BALIK RUMAH nenek dulu. Kena ambik barang-barang keperluan sebelum pergi rumah umi. Umi tu mak Rafi. Kira mak mertua akulah kan? Makan makan. Mandi. Lepas tu dalam pukul tiga macam tu aku pergi rumah umi. Tak ada siapa dekat rumah. Cuma ada umi aje. Babah dengan Rafi tak ada. Itupun lepas ni umi nak pergi ceramah agama dekat surau. Jadi tinggallah aku sorang-sorang dekat rumah ni.
Aku tengah tengok TV dekat tingkat waktu Rafi balik. Dengar dari bunyi motor bukan satu. Dia bawak kawan pulak. Nak balik tu balik ajelah. Tak payahlah nak ajak kawan. Dah tu. Siap prem-prem lagi bawah rumah. Arghh... Stress!
Aku turun tingkat bawah lepas pakai tudung sarung. Ala kadar aje. Aku berdiri dekat pintu rumah.
"Oii! Bisinglah. Senyap sikit boleh tak?" Aku marah. Semua mata pandang aku. 
"Oh ye?" Rafi tanya lepas tu lagi dia prem. Sengaja nak sakitkan hati aku. Aku tutup pintu rumah. Ya Allah. Menyampahnya aku dengan dia!

^^^^

AKU MENIARAP atas katil dengan buku karang. Hari Isnin ni ada karangan. Jadi kena siapkan sebab nanti nak guna lepas tu kena hantar pulak. Memang macam tu pun rutin aku. Asal karangan aje mesti malas. Sambil buat karangan aku tengok drama dekat TV. Sebenarnya Saya Isteri Dia! Hot cerita ni. Tiap hari Isnin mesti semua orang nak cerita pasal drama ni. Firash tu. Syaf ni. Kadang-kadang aku dengarkan jugak.
Pintu terbukak waktu aku baru nak buat perenggan ketiga. Aku terus duduk waktu nampak Rafi melangkah masuk ke dalam bilik. Gila apa nak terus meniarap. Rafi ni pun boleh tahan gatalnya. Tak rela aku jadi mangsa Rafi. Dia baring sebelah aku atas katil. Terus aje tutup mata macam tak ada apa-apa.
"Pergilah bentang tilam. Baring atas tilam sendiri." Aku tegur bila tengok dia tak bangun-bangun lepas lima minit. Selalunya dia bentang tilam sendiri depan TV lepas tu pasang kelambu. Apahal hari ni tak nak pulak.
"Biarlah sesekali nak tidur dengan bini." Selamba aje dia balas macam tak ada apa-apa. Aku jeling Rafi. Menyampah.
"Baringlah dekat tilam sendiri." Aku halau bila tengok dia dah tak gerak-gerak.
"Tolonglah bentangkan." Dia suruh dengan mata terpejam. Aku rasa sikit lagi aje dia nak tidur.
"Ngada-ngadalah kau ni!" Aku balas sambil pergi dekat almari. Atas almari tu ada comforter dengan bantal. 
"Nah. Dah." Lepas bentang ala kadar aku bagitahu Rafi. Rafi berdiri lepas tu pergi dekat tempat dia.
"Sama-sama." Aku perli dia. Dah tolong tak nak ucap terima kasih. 
"Terima kasih." Dia balas. Aku nak senyum. Tapi tahan aje. Kalau dia nampak mesti dia ingat aku suka dia. Kadang-kadang. Best jugak kahwin paksa ni. Cinta orang macam ni. Cinta kitaorang macam ni.

^^^^

"OII... Bangunlah. Dah pukul 10 lah. Rafi!" Aku gerak dia. Badan dia menggeliat sikit. Tapi lepas tu tak ada respon balik. Aku goyang-goyangkan badan dia guna kaki.
"Hmm..." Dia bagi respon dengan mata terpejam. Dia selimut badan dia guna comforter.
"Bangunlah! Dah pukul 10." Aku bebel. Dia pulak dengar tak dengar aje apa aku kata. Aku keluar dari bilik lepas pastikan dia betul-betul boleh bangun dengan jayanya. Aku pergi dekat meja makan. Lapar pulak lepas sidai baju tadi. Umi masak nasi lemak...
Rafi pergi dekat singki lepas tu cuci muka. Dia ambik pinggan dekat rak lepas tu duduk depan aku dekat meja makan. Letak pinggan atas meja lepas tu pandang aku. Aku pandang dia.
"Kenapa tak nak makan?" Aku tanya musykil. Jangan suruh aku ambikkan nasi untuk dia pulak. Ingat raja? 
"Kau ni aku nak bagi pahala extra pun tak nak. Tak faham-faham ke?" Rafi tanya siap peluk tubuh lagi. Dia ni. Pagi-pagi lagi dah cari pergaduhan. Tengah hari sikit tak boleh ke?
"Tapi kalau buat tak ikhlas pun tak guna jugak kan?" Aku tanya balik. Aku terus aje makan. Dia pandang aku semacam. Tajam kau! Aku mengeluh. 
"Yelah, yelah. Ngada-ngada lah kau ni." Aku balas sambil sendukkan dia nasi. Siap dengan sambalnya lagi. Senyum gembira dia sebab dapat kenakan aku. Boleh tak aku cincang dia sekarang? 

^^^^

AKU MASUK DALAM bilik lepas habis makan. Malas nak lama-lama dekat meja makan. Nak-nak bila Rafi ada sama. Masuk-masuk aje aku mengeluh. Bertambah geram aku dengan dia. Dah tidur tak reti-reti nak kemas ke? Aku jugak yang kena. Jadi kuli dia lagi.
Aku campak bantal atas katil. Toto aku lipat elok-elok lepas tu letak sebelah almari. Selimut dia pun. 
Aku ambik baju dengan seluar dalam almari. Waktu aku keluar tu Rafi pulak masuk bilik. Jeling sipi aje. Apa tengok-tengok?

^^^^

"EH, KAU NAK ke mana ni?" Rafi tanya waktu aku bersiap-siap nak pergi kenduri. Tengah pakai tudung depan cermin. Dia duduk bersandar dekat katil. 
"Kenduri." Aku balas pendek.
"Kenduri mana?" 
"Kenduri Nurul." Aku balas pendek.
"Dia tak ajak aku pun." Dia cakap. Pelik ke pun kalau dia tak ajak kau pun? Bukan orang besar pun.
"Ajak kau pun tak ada guna. Kasi semak aje." Dengan selamba aku balas. Memang Nurul suruh ajak Rafi sekali tapi malaslah nak bagitahu. Nanti mesti dia nak pergi sama.
"Habis tu kau tu berguna sangatlah ye?" Dia tanya balik. 
"Sebab bergunalah dia ajak." Aku ambik kunci motor aku atas meja sebelah katil. Waktu tu tiba-tiba aje Rafi hulur tangan kanan dia.
"Apa?" Aku pandang pelik.
"Dapatkan berkat." Dia balas.
"Menyampah aku." Aku buat tak tahu aje. Dia cuma senyum. Dia memang suka kenakan aku. Terus aje keluar dari bilik Rafi.

^^^^

WAKTU AKU dengan member-member kelas aku sampai Nurul yang sambut kitaorang. Rasa macam orang besar pulak. Hari ni dia jadi tukang bagi gula-gula dekat budak-budak.
"Kau tak ajak Rafi ke?" Nurul tanya aku. 
"Tak." Aku jawab pendek.
"Perang dingin." Member kelas aku yang baik hati tolong jawab. Statement palsu.
Kitaorang yang perempuan berbaris dekat barisan perempuan. Yang lelaki pergi khemah lelaki. Tak jauh pun. Lepas ambik makanan kitaorang kena tunggu sekejab sebab semua meja ada orang guna. Tak sampai satu minit berdiri, satu kumpulan mak cik dekat satu meja beredar. Kitaorang cepat-cepat serang tempat tu sebelum ada orang lain rebut. 
Waktu kitaorang baru start makan tu tiba-tiba aje ada orang duduk sebelah aku. Siap bawak kerusi lagi. Aku pandang lelaki tu. Fariza pun pandang sama. Termasuk jugak member kelas aku yang lain tak jauh dari meja kitaorang.
"Apa? Tak ada tempat lainlah." Rafi balas tak puas hati. 
"Siapa ajak kau datang sini?" Aku tanya. 
"Bukan Nurul ajak aku sama ke?" Rafi tanya balik.
"Bila masa?"
"Dekat kad jemputan. Aku jumpa atas meja." Lepas tu aku tak balas dah kata-kata dia. Memang Nurul suruh jemput Rafi sekali tapi aku yang tak nak ajak.

TO BE CONTINUE...

Thursday, 18 July 2013

bila rumah merah tak nak bertanggungjawab

salam jumaat semua


sukan dah lepas tapi barang rumah merah masih ada dekat kelas aku. dua kotak barang rumah merah, beberapa batang lembing, dan satu anak panah gergasi. cikgu-cikgu yang masuk dah mula tanya. jawapan kitaorang semestinya "rumah merah punya". cikgu tak kata apa. 
hari ni cikgu lain pulak suruh kemas barang rumah merah. budak kelas aku apa lagi. fikir mana nak letak last-last letak dekat kelas sebelah sebab ketua rumah merah dari kelas sebelah. diaorang yang waktu tu tengah belajar dekat tingkat dua perhatikan aje kitaorang. sorang budak kelas tulis nota 'sila bertanggungjawab'. 
aku okay aje. tengok dari jauh then sambung kerja. 
budak kelas sebelah balik kelas diaorang. tak lama lepas tu dinding kelas kitaorang diangkat kira-kira satu kaki. diaorang buang balik lembing dan anak panah dekat kelas kitaorang ikut dinding. tulis nota jugak tapi aku tak ingat apa ayat dia.
budak kelas aku apa lagi. tulis nota balik lepas tu bagi dekat sebelah ikut dinding. dua tiga kali balas nota sampai lah nota tu jadi benda yang tak ada kaitan dengan barang rumah merah. menyimpang ke twitter pulak. aku baca aje tapi tak faham. bash... bash... bash apa?aktiviti membalas surat terhenti bila lonceng balik berbunyi. tak lama lagi muncul baliklah barang rumah merah dekat kelas aku tu. mungkin lah kot.
apa-apa pun. bertanggungjawablah. tahulah tahun ni korang menang tapi tak payah tunjuk kepala batu tu sangat. tak kan selama-lamanya nak ada kat kelas kitaorang? cari ikhtiar lain. tak lama lagi SPM.